Friday, March 30, 2012

Semanis Kurma : Keluarga Bahagia


Assalamualaikum semua.. Dah berabuk blog ni gamaknye. Lama dah tak update story dalam ni kan. Maklumla jadual harian dah berubah sekarang ni, memanjang je sibuk.. Eceh!! Hehe.. Banyak nak story mory sebenarnya ni.. Actually dah 2 minggu aku start keje, tengah kelam kabut kat ofis ni, masing masing sibuk ber5S, nak biasakan balik dengan keje keje ofis maklumla dah syok 3 bulan cuti, banyak yang dah lupa,mana nak pam susu lagi **yang ni kena betul betul buat supaya bekalan susu Adam tak terputus**.. Syukur alhamdulillah si cinta hati berada dalam keadaan yang sangat baik sekarang ni and syukur sangat pengasuh Adam sangat la sayang kan dia ;).. Ok pasal tu kita cite entry lain tapi kali ni moh kita fokus tentang ceramah yang baru je aku dengar pagi ni dari Ust Bahyah dan suaminya Ust Wan Akashah.

Macam tak percaya bila tengok Ust Bahyah ngan suaminya depan mata. Selalu tengok kat TV9 je.. Dalam tv Ustazah nampak chubby tapi bila tengok depan depan orangnya kecik je.. Muka panjang, badan pun kurus.. Ishh tv ni tipu betol la!!(^^,)

Tajuk ceramah kali ni Keluarga Bahagia. Actually ceramah ni pihak kementerian yang anjurkan so memang bertuahla kepada kami yang ada kat kementerian ni, dapat dengar ceramah dari orang yang sangat femes ni kan.. Memang sambutan takyah cite la. Ada yang duduk kat lantai, ada juga yang terpaksa berdiri sebab kerusi tak cukup. Nasib la aku sampai awal, port pun memang terbaik. Dapatla tengok jelas muka penceramah kita ni.. Bukan senangkan nak jumpa orang orang femes ni, bila dah ada peluang gunakan la sebaiknya ye.. Hehe..**hari ni kat opis Encik Suami Ust Don ada bagi ceramah gak..uishh best juga tu**

Memang banyak info bila dengar and datang ke majlis majlis ilmu ni. Banyak tips yang ustazah dan ustaz bagi. Ada sebahagian yang memang aku dah praktikkan. Syukur~ Nak cite banyak nak pandai, tapi kesimpulannya apa yang perlu ada dalam kebahagian keluarga selain daripada hormat menghormati elemen penting yang perlu ada adalah kasih sayang, biar berjuta sekalipun duit kita, tapi kalau kasih sayang kurang dalam keluarga, kebahagian sukar nak kita capai. So kawan kawan kat luar sana tu point yang perlu kita ingat wang ringgit bukan ukuran kebahagian ok, yang penting didikan dan kasih sayang dari orang tua... Itu jaminan sebenar kebahagian sesebuah keluarga. InsyaAllah...

Lepas habis ceramah sempat juga berhimpit-himpit nak amik gambar dengan ustaz and ustazah (",)