Thursday, February 27, 2014

Apa Khabar Korang?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Lama sangat dah tak mengudpdate blog. Kemalasan semakin menjadi-jadi nampaknye. Dengan keje ofis yang boleh tahan banyak dan yang lebih penting mood nak menaip yang semakin tipis... Haisshhhh~

Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 5 bulan sekarang ni. Sekejap pulak rasanya masa berlalu kan. Tup tup dah mula nampak perut ni membesar. Apa yang aku perasan preggy kali ni aku rasa letih sangat. Masa Adam dulu takde symptom kemalasan yang melampau. Tapi walaupun malas tu lebih, aku gagahkan juga demi anak dan suami. Masak tetap masak tapi takdelah hari hari. Kalau hari yang tak larat tu memang aku beli je kat luar. Tapi bagi aku kepuasan makan tu bukanla bila kita dapat makan lauk yang mewah tapi bila dapat rasa air tangan masakan sendiri, lebih lebih lagi dapat masak buat yang tersayang.. Betul tak?Tapi syukur alhamdulillah Encik Suami banyak membantu, lepas aku masak dia yang kemas dapur, lepas makan dia yang basuh pinggan, keje keje mengemas rumah pun banyak dia yang tolong. Beruntung dapat suami yang memahami.

Minggu lepas pergi check up, HB turun jadi 10.6 je. Makkk aiii.. Kena la berleter dengan nurse cikit. 2 minggu lagi dia suruh datang check up. Kalau darah tak ok nurse cakap boleh kena Anemia, bahaya untuk kandungan dan juga ibu ,mengandung tu sendiri. Nurse suruh makna kerang, bayam, hati or apa saja yang boleh tambah darah. Ok fine! Mari la makan kerang sebakul lepas ni. Hihihi... Adoii bab nak pegi check up ni memang aku malas, nasib la check up kali ni bawah rumah je.. Untungkan bawah rumah aku ada Klinik Kesihatan,  selalu aku akan check up petang so lepas habis check up terus naik rumah. Nak parking ke nak kena datang awal ke semua takde masalah. Senangkan? Patutla aku rasa penat je selalu HB rendah faktor kenapa kita cepat penat, dada tetiba berdegup laju dan ada lagi benda lain lagilah.

Kali ni nurse bagi satu jenis ubat je, ni ubat baru. Apa ntah namanye. Memang baru sangat dapat katanye. Ok tak kisahla nak bagi ubat apa pun. Hopefully boleh telan. Sebab before ni dapat ubat 4 serangkai tu, ubat yang selalu aku ngelat makan b complex dengan ubat yang bulat gelap tu. Apa nama dia dia selalu lupa nama ubat tu. Bau dia macam kurang menyenangkan bila sendawa. Sebab tu la aku tak suka makan ubat tu.

Ok cukup dulu rasanya aku membebel sampai sini. in shaa Allah next time aku menaip lagi ye..Bubye~