Wednesday, November 19, 2014

Pengalaman Bersalin Normal

Pengalaman bersalin kali ni sangatlah berbeza. Syukur diberi peluang untuk bersalin secara normal. Dulu bersalin anak sulung aku bersalin secara czer. Memang satu pengalaman yang berbeza dan satu kenangan yang tak mungkin dilupakan. Walaupun sakitnya hanya Tuhan aje yang tahu tetapi itulah nikmat yang sebenar dapat aku rasakan.

Preggy kali ni 2 kali aku warded. 1st sebab baby kurang gerak 2nd contraction agak kerap dan bukaan dah 1 cm. Last check up 7 Julai 2014, time tu contraction dah agak kerap tapi dia main-main lagi tapi doktor kat KK buat surat juga supaya aku boleh di refer ke Hospital Putrajaya. Hadoii part nak ke hospital ni memang malas tapi mengenangkan baby dalam perut ni aku gagahkan juga la. Petang tu suasana agak tenang kat dewan bersalin, lega kali ni katil still available lagi, risau macam mula-mula datang dulu katil dah penuh. Doktor check bukaan dah 1cm time tu, dalam hati punyalah seronok maybe malam or esoknye dah boleh bersalin tapi hari kelima baru bersalin ok! Fuhhh bercinta duduk dalam hospital lama-lama. Dengan mengenangkan anak kat rumah, kesian Adam malam pertama aku kat hospital kami decide untuk Adam tido kat taska dia sebab macam confident gila malam tu aku dah nak bersalin ;P. Nasib baik cikgu taska Adam baik & Adam pun memang ok dengan cikgu Siti tu.

Bayangkan 4 hari kat hospital dengan bulan puasa, kesian kat Encik Suami nak ulang alik ke hospital. Nasibla rumah kami dekat dengan hospital. Masa aku kat hospital Adam tercari-cari juga la dia kat ibunya ni tapi nasib dia tak nangis, ada part bila dia tengah main tetiba dia panggil ibu adoii memang sedih, dengar cite dari Encik Suami pun dah menitik air mata dibuatnya. Malam ketiga dah tak terbendung rasanya malam tu Encik Suami bawa Adam so dapatla lepaskan rindu sekejap. Punyalah happy dapat tengok anak depan mata.


Sepanjang dalam hospital ada la dalam 4 kali kot kena 'selok', part ni memang redha jela. Dr Norliza ketua ward 2A tak suggest untuk induce aku sebab aku penah ada sejarah czer so dia bagi aku masa dan aku pun refuse untuk di induce sebab itu baru hari kedua kat hospital, tapi masuk hari ke empat ada sorang doktor cina Dr Chong aku ada dengar dia cakap if esok (hari kelima) aku tak buka besar lagi jalan memang dia akan induce. Aku ni punyala hari-hari pujuk baby dalam perut supaya baby bagi peluang kat ibu bersalin normal kali ni. Ada kawan suggest sapu air zam zam kat perut macam-macam lagi la. Tapi doa aku memang tak putus-putus la. Alhamdulillah malam kelima bukaan dah buka banyak. Pukul 3 pagi aku rasa sakit sangat, tengah tido tetiba rasa sakit dan tak selesa. Orang kata ni petanda nak bersalin. Tapi aku tahan dulu bila dah macam rasa kerap sangat contraction aku panggil sister yang ada time tu, aku bagitau yang aku dah rasa agak sakit so bila dia check bukaan dah buka 3cm tapi still keras lagi kat part dalam tu so dia suruh aku relax dulu if sakit sangat bagitau. Aku cakap ok no problem. Sister n nurse kat situ cakap aku boleh steady lagi walaupun dah sakit, aku senyum jela bila diorang cakap cenggitu, maybe aku ni jenis tahan sakit kot. Tak lama lepas tu aku pun terus call Encik Suami minta dia standby, berkali-kali juga la aku mendail, dapat pastu di cancelkan,adehhh dah kenapa la pulak.. Rupanya Encik Suami ingat bunyi alarm henpon tu yg dia cancelkan. Nasib la last last tu dia perasan juga aku yang call. Aku cakap lepas hantar Adam kat taska terus datang hospital sebab rasa nak bersalin dah ni. Tapi belum pukul 7 pagi dia dah sampai. Aikkk cepat bebenor sampainya. Pagi tu nurse tanya lagi ok ke?boleh tahan lagi x? Bila tengok aku ok lagi nurse suruh aku amik breakfast dulu sebab nanti kalau dah masuk labour room dah tak boleh makan n minum lagi. So aku pun gagahkan juga la makan mee goreng n minum air sebanyak mungkin nak bagi ada tenaga. Minyak VCO dari tanamera pun sempat aku habiskan, memang aku amalkan minyak VCO dengan harapan baby dapat klua dengan mudah. Bila dah habis makan doktor datang pecahkan air ketuban. Lebih kurang 8.20 pagi aku di tolak ke labour room. Otw nak ke LR tu nurse yang sorong kerusi roda aku pesan nanti dlm LR puan jangan jerit tau ikut je arahan doktor n nurse kat dalam tu nanti. Aku yang dah tengah sakit ni pun anggukkan aje. Sampai LB terus salin baju.

Masa terbaring atas katil mata aku ni asyik la pandang jam. Bila la baby nak klua ni.Encik Suami dah standby kat sebelah. Memula tu nurse tanya samada aku nak amik epidural ke tak. Cehh aku dengan berlagak cakap tak nak. Sebab masa tu rasa ok lagi. Nurse n doktor sangatla galakkan amik epidural taktau la kenapa. Nurse suruh aku sedut gas kalau ada rasa sakit, tapi bila dah  lama lama contarction makin kerap n sakit pun macam bertambah, time ni aku rasa macam dah tak berapa nak kuat, so aku terus minta epidural. Bila sakit sangat aku genggam tangan Encik Suami kuat-kuat, gigit cikit tangan dia tapi masa tengah gigit tu sempat lagi fikir kesian pulak laki aku kena gigit makanya aku gigit manja jela tangan dia, hihi.. Minta ampun kat Encik Suami tak sudah sudah, time ni rasa dekat sangat dengan kematian ,tau banyak dosa dengan Encik Suami tu yang minta ampun je, hihi. Telentang sakit mengiring pun sakit, sudahnya aku tarik rambut. Sakitnya masya Allah.. Memang tak tergambar, sedut gas pun macam xde rasa langsung. Tunggu lama juga la nak dapatkan epi, time nak cucuk epi tu contraction dah makin kerap doktor nak cari tulang belakang pun dah payah, terpusing sana terpusing sini. Serious memang lama nak cari tulang belakang. Kesian nurse yang kena genggam tangan dengan aku, menahan kesakitan dia kena pulas dengan aku. Sorry ye nurse. Dah tak tahan sangat time tu. Bila dah lama lama aku cakap dengan doktor macam baby  dah nak terkeluar,  doktor terus check kat bawah rupanya kepala baby dah nampak sudahnya epidural tak jadi amik. Doktor yang nak cucuk epi minta maaf sebab tak sempat nak cucuk, aku terus tarik leher baju doktor, agak terkejut doktor tu, sebenarnya aku juz nak cakap thanks je hihi.. Memang ikutkan aku tak nak pun amik epi, teringin sangat nak rasa sendiri macam mana sakit nak beranak ni.Nah sekarang rasakan!Hahaha

Bila dah nampak kepala baby semua nurse n doktor terus siap siap nak sambut baby, tapi hampa! Bila aku teran tak nak klua juga, ni kira macam 1st time aku bersalin la kan sebab dulu czer nak push memang tak berapa nak pandai, sudahnya doktor bagi masa untuk aku push. Dalam waktu tu CTG terus pasang kat perut sebab nak monitor jantung baby, tang ni aku agak takut sebab dulu aku kena czer sebab jantung baby lemah tu yang emergency czer. Aku n Encik Suami pujuk-pujuk baby dalam perut minta sangat kali ni bagi ibu peluang bersalin normal. Masa contraction datang aku try juga push tapi tak boleh, Encik Suami dah jadi macam pak bidan minta aku push bagai, lebih kurang setengah jam lepas tu doktor n nurse datang balik, ok time ni memang agak mencabar. Aku rasa macam dah nak give up sebab dah banyak kali try push tak juga baby klua, bila doktor suruh curi nafas kepala baby masuk balik. Memang aku rasa nak tadah je perut aku kat bilik OT time tu, aku pun dah agak mamai kesan gas yang aku sedut tadi. Tapi aku cepat cepat +ve kan diri kuatkan semangat, doktor dah sound kalau tak boleh juga doktor nak forcep/vacum kepala baby. Uishhh tak boleh jadi, dengan tenaga yang hampir nak hilang tu aku gagahkan juga la, finally setelah hampir sejam aku push klua juga baby. Tepat 12.15 tegahari baby klua. Tapi doktor terpaksa gunting cikit kat bawah tu sebab nak mudahkan baby klua. Bila baby dah klua aku hanya mampu cakap Allahuakbar Alhamdulillah. Rasa lega sangat sangat. Rasa sakit tadi terus hilang. Nurse letakkan baby kat atas dada lepas tu terus angkat baby, ingatkan nak terus breastfeed je, tapi diorang terus amik n terus bersihkan baby. Masa doktor tengah jahit kat bawah aku pula yang sibuk ajak doktor tu berborak, hihi.. Siap tanya lagi berapa jahit, doktor kata dia buat 3 jahit je, fuhh nasibla tak banyak masa jahit tu pun tak lama ada la dalam setengah jam. Syukur sangat bersalin kali ni dapat bersalin secara normal, procedur semua doktor yang buat.  Lega sangat-sangat. Orang kata kalau bersalin kat hospital gomen ni nasib kalau tak berapa nak baik doktor pelatih yang handle. Nurse yang ada dalam LR ada lebih kurang 5 orang + 1 doktor + Encik Suami, agak meriah juga la dalam LR tu kan ;P. Oh lupa nak bagitau aku rasa penggunaan vco tanamera tu banyak membantu, kulit baby bersih je masa klua n aku rasa kalau aku pandai cikit lagi time push tu mesti tak kena gunting kat bawah. So sangat diyorkan pada kaum ibu kat luar tu untuk amalkan vco dari tanamera, rasa dia pun sedap compare dengan yang lain. Elok untuk sapu dan juga makan.

Bila dapat pegang baby rasa syukur sangat bau dia masya Allah wangi sangat sangat, bau syurga, menitik air mata dibuatnya.  Dapat pula bersalin hari jumaat lagi la rasa seronok. Masa nak push pun Encik Suami ada untuk bagi semangat, memang best! Pengalaman baru untuk kami berdua. Doktor pediatrik bagitau yang kepala baby ada cikit lebam n kepala tu agak lekuk cikit kesan daripada baby 'parking' lama sangat kat pintu rahim. So doktor minta aku monitor if kesan bertambah teruk let them know. Berat baby 2.89kg, jauh sangat berat dengan Adam dulu. Kali ni comel je baby klua. Lepas baby dah bersih, aku terus breastfeed baby lepas tu terus Encik Suami azan dan iqamatkan. Bila dah setel semua dekat pukil 1 baru aku dapat klua dari LR. Dalam LR dari pukul 8.30 pagi lagi, kira lama juga la aku 'lepak' dalam tu kan.Lebih kurang 5 jam juga la. Semua cakap baby aku putih, ada yang tengok baby tengok aku balik, amboi hitam sangat ke aku ni.hihi.. Sabo jela..


Ingatkan boleh balik petang tu juga rupanya esok hari baru boleh balik. So 6 hari 5 malam aku berkampung kat hospital, yang paling best satu sen pun tak klua sebab pakai GL. Gila lah! Kesan lebam kat kepala pun nampak berkurang, baby dah kencing n berak baru boleh klua. Kalau dulu masa Adam terbang melayang beribu-ribu tapi baby kali ni free aje. Memang terbaiklah! So far servis kat Hospital Putrajaya memang bagus environment pun bagus, nurse n doktor memang ok! Oh ye salah sorang doktor O&G yang ada kat ward 2A tu kawan lama aku, Dr. Nabila Ramlan, lama gila tak jumpa rupanya dia keje kat Hospital Putrajaya je, dia tu pun tengah preggy juga time tu, twin lagi sepasang pulak tu. Memang syok la kan.

Overall preggy kali ni agak mencabar tapi sangat berbaloi! Syukur tak terhingga ke hadrat ilahi kerana diberi keizinan oleh Nya untuk merasa nikmat bersalin secara semula jadi. Rasa lepas ni kalau orang tanya nak bersalin lagi ke tak aku akan jawab NAK! :D

Monday, November 17, 2014

Putera Kedua Kami

Assalamualaikum
Berbulan dah tak berblogging
Semenjak beranak 2 hidup bertambah sibuk
Nak tepek cikit gambar baby baru saya
;)

Syukur alhamdulillah genap 39 minggu 4 hari lahirlah putera kedua kami
Tepat jam 12.15 tengahari
11 Julai 2014
2.89 kg

Muhammad Arash Dilfy bin Mohamad Khasyful Azim